24 Mac 2016

MD Memerlukan Fotografer Tambahan

Selamat datang ke blog fotografi,videografi, pakej pelamin dan pakej pengantin MD.

Berdasarkan permintaan yang semakin meningkat, MD memerlukan fotografer tambahan untuk memenuhi permintaan daripada para pelanggan. Dengan ini MD mempelawa sesiapa yang berminat untuk menyertai MD dan mengisi kekosongan jawatan fotografer seperti yang disebutkan di atas.

Syarat-syarat permohonan :
1. Mempunyai kamera DSLR , speed light, kit lens (Fast lens F1.2 atau F1.4 atau F1.8 atau F2.8 dialu-alukan).
2. Lens tambahan: Focal length sekurang-kurangnya 35mm DX atau 50mm Full Frame (FX).
3. Pengalaman shoot pengantin: Minima 1 tahun atau telah melaksanakan sekurang-kurangnya 3 tugasan sebagai fotografer utama.
4. Mempunyai sampel foto yang anda pernah shoot.
    Sampel foto boleh diprint dengan saiz 4R atau bawa dalam cd atau pendrive.Jumlah foto
    sekurang- kurangnya 50 keping.
5. Minat yang mendalam serta menepati masa.

Jika anda memenuhi kriteria-kriteria di atas, anda dialu-alukan untuk menghubungi kami untuk sesi
temuduga/suai kenal di galeri kami yang bertempat di Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.

*Kami memerlukan fotografer seperti anda dengan kadar SEGERA!! Hubungi kami atau Whatsapp segera di talian 013-9341344.

27 Disember 2015

Kerja Rutin MD di Studio

Selamat datang ke Blog MD.


Sebagaimana fotografer-fotografer lain setelah kerja-kerja shooting selesai, kami akan masuk studio untuk memproses foto-foto yang telah diambil. Antara kerja-kerja proses ialah memindahkan foto-foto ke komputer atau laptop. Kemudian, foto-foto itu akan

23 Disember 2015

Hiasan Bilik, pelamin dan meja makan beradab pengantin.

Selamat datang ke blog fotografi dan pakej pelamin MD.
Pemasangan hiasan bilik di Pasir Tumbuh siap sepenuhnya.


 Hiasan bilik.

Meja makan beradab. 
Kualiti gambar kurang sebab tangkap dengan kamera telefon waktu malam.


Pakej ini termasuk pelamin penuh dan meja makan beradab.

22 Disember 2015

Pelamin Mini

Selamat datang ke blog fotografi, pakej pelamin dan set pengantin MD.Pemasangan pelamin mini di Peringat telah selesai dengan jayanya.


01 Oktober 2015

Tempahan 2016 Kini DiBuka

Selamat datang ke Blog fotografi, pakej pelamin dan pengantin serta pakej videografi MD.

MD kini secara rasminya mengumumkan bahawa tempahan pakej fotografi dan videografi perkahwinan serta pakej pengantin dan pelamin kini dibuka untuk majlis yang akan dilangsungkan pada 2016.

MD juga ingin umumkan bahawa tempahan untuk bulan 9,10 dan 12 tahun 2015 telah ditutup.Untuk tahun 2015 hanya ada 1 slot pakej penuh sahaja masih dibuka iaitu untuk bulan 11.

MD mohon maaf daripada para pelanggan yang mahu membuat tempahan / pertanyaan tempahan dalam bulan 9,10 dan 12 kerana tempahan telah ditutup.

Setakat ini, MD hanya mampu menerima maksima tempahan sebulan sebanyak 3 tempahan sahaja. Sehubungan dengan itu, MD kini bercadang untuk menambah fotografer untuk menampung jumlah permintaan yang semakin meningkat.

Terima kasih kerana bersama-sama MD.


22 Ogos 2015

Tempahan Fotografi Perkahwinan dan Events

Selamat datang ke blog Fotografi, Videografi dan Pakej Pengantin MD.


Untuk makluman kami telah menutup tempahan untuk bulan September 2015. Ini bukan bermakna semua tarikh dalam bulan 9 telah penuh atau ditempah tetapi kuota yang disediakan telah penuh. Secara asas kami membuka 3 - 5 tempahan sahaja untuk satu-satu musim perayaan sebulan. Penetapan kuota begini untuk mengelak lebihan kerja semasa memproses album pelanggan nanti kerana semakin banyak tempahan diambil semakin banyak masa kerja diperlukan. Dengan jumlah kuota yang dihadkan, kami mempunyai masa yang sesuai untuk memproses dan menyiapkan album antara 2 - 8 minggu.

Oleh hal yang demikian, adalah digalakkan kepada bakal pengantin melakukan tempahan awal dengan kami di Blog MD atau mana-mana photografer yang terdapat di kawasan anda. Tempahan awal boleh mengelakkan pertembungan tarikh yang selalu terjadi atau kuota yang sudah penuh.

Selalunya terdapat tarikh "HOT" pada sesuatu musim cuti atau perayaan. Sebagai contoh, tarikh 19 September 2015 ialah tarikh yang paling banyak diminta oleh pasangan yang akan mendirikan rumah tangga hampir dengan musim cuti perayaan Hari Raya Haji 2015 nanti. Kesannya, tarikh 19 September 2015 ini telah penuh awal-awal lagi. Malahan kami mendapat hampir 10 pertanyaan booking untuk tarikh tersebut!MD hanya dapat terima satu tempahan sahaja dan satu lagi ditawarkan kepada photografer kenalan MD yang berunding terus dengan pasangan terbabit.Satu lagi tarikh hot dalam bulan 9 nanti ialah 26 September 2015.

Berdasarkan senario di atas, MD sekali lagi menasihatkan kepada bakal pengantin, agar membuat tempahan awal untuk mengelakkan kehabisan kuota dan pertembungan tarikh dengan mana-mana fotografer yang dikehendaki.

Sekian, terima kasih kerana telah membuat tempahan dan memilih MD sebagai fotografer anda!

13 Ogos 2015

Video Perkahwinan

Selamat datang ke blog fotografi, videografi  dan pakej pelamin MD.
Post kali ini ialah update kepada video perkahwinan.
*MAKLUMAN : Video yang diupload ke dalam blog MD ini adalah contoh video sahaja yang telah diedit untuk mengecilkan saiz file agar sesuai diview secara streaming atau online.Disebabkan banyak scene yang dipotong dan resolusi asal direndahkan, maka kualitinya akan mengalami kemerosotan.
*Info : Video asal 600 MB berdurasi selama 1 jam, Web version 28 MB durasi 8 minit..
*Cara persembahan atau video editing dalam sampel video ini hanyalah satu contoh. Anda boleh mencadangkan versi anda sendiri seperti editing, suara latar, muzik background dan lain-lain.
PERHATIAN:Diharap anda tidak menonton video di bawah secara full screen kerana gambar akan pecah. Sebaliknya gunakan saiz asal video untuk kualiti yang lebih baik.
Kami akan upload video beresolusi tinggi selepas ini.
*Pihak kami memohon maaf kerana video ini didapati tidak serasi dengan telefon Android.Kami sedang berusaha membaiki masalah berkaitan.Masalah ini mungkin berkaitan dengan Flash Player untuk browser yang menggunakan Android OS.
Walaubagaimanapun, pengguna PC atau laptop,netbook tidak mengalami masalah seperti dinyatakan.

Selamat menonton.
video

27 Julai 2015

Pemasangan Pelamin pada Hari Raya ke 2

Selamat datang ke blog fotografi dan pakej pengantin MD.

Aktiviti pemasangan pelamin di Machang pada Hari Raya Idilfitri ke 2.



.

09 Jun 2015

Pra-Kemaskini Galeri

Selamat datang ke Blog Fotografi, Videografi dan Set Pengantin MD.

Di bawah adalah beberapa foto pengantin yang belum diupload ke blog MD. Masa belum mengizinkan MD melakukan update penuh dilakukan.
 Wan dan Wani - Tanah Merah
 Zahid dan pasangan - Kota Bharu
 Hada dan pasangan - Tumpat
 Majlis di Tanah Merah-Fotografer Along
 Athirah dan pasangan - Bachok
 Idzuan dan Izaidah - Pasir Puteh


Atas permintaan pengantin shoot masa sunset.
Hari tu pulang dah dekat Maghrib tapi puas hati dapat tunaikan permintaan pengantin baru ini.

26 Mac 2015

Promosi Pakej Videografi Perkahwinan dan Events

Selamat datang ke Blog Fotografi dan Videografi MD.

MD kini melancarkan promosi pakej Videografi Perkahwinan dan Events. Sebagai promosi, harga yang ditawarkan adalah cukup murah dengan kawalan kualiti yang setara dengan harga sebenar.
Walaubagaimanapun, tempahan dihadkan kepada 5 tempahan sahaja bermula hari ini 26 Mac 2015. Tiada tempoh sah waktu cuma jika jumlah tempahan mencapai 5 maka dengan sendirinya promosi hebat ini akan tamat. Harga promosi pakej Videografi Perkahwinan dan Events ini adalah seperti tertera di bawah.

1. Videografi Perkahwinan RM700 sahaja.
Liputan masa selama 6 jam atau maksima sehingga pukul 6.00 petang.
Kompilasi video final berserta muzik latar dan sound selama 1 jam durasi.

2. Videografi Events RM700 sahaja.
Items sama seperti videografi perkahwinan di atas.

*Untuk makluman, tempahan untuk pakej videografi di Blog MD sudah ditutup.
Untuk tempahan dengan harga terbaru, sila hubungi MD melalui e-mail atau Whatsapp 013-9341344.